logo

FX.co ★ Pelan Dagangan EUR/USD untuk 24 Julai, 2018

Pelan Dagangan EUR/USD untuk 24 Julai, 2018

Pelan Dagangan EUR/USD untuk 24 Julai, 2018

Tinjauan Teknikal:

Pasangan mata wang EUR/USD telah menyaksikan kenaikkan harga dari paras rendah minggu lalu 1.1575, menutup lebih tinggi di atas tahap 1.1720. Tahap tinggi semalam 1.1750 telah menyediakan rintangan segera seperti yang ditunjukkan di atas, memberikan kelebihan kepada aliran menaik untuk membolehkan harga meneruskan pergerakkan menaik. Pada masa ini, kita boleh membuat kesimpulannya bahawa aliran menaik sedang berehat atau ditarik semula lebih rendah, sebelum ia menyambung semula rali menaik ke tahap 1.1850 dan lebih tinggi lagi. Penarikan semula harga kini dilihat semakin bergerak rendah pada tahap Fibonacci 0.382, walau bagaimanapun ia boleh meneruskan pergerakkan ke arah tahap sokongan 0.618 menghampiri ke tahap 1.1640/50, sebelum menyambung semula. Hanya penembusan harga di bawah tahap 1.1575 akan membatalkan senario kenaikkan harga sekarang.

Pelan Dagangan:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli baru sekitar tahap 1.1640/50, dengan menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap 1.1570, dan sasaran pada tahap 1.1850 dan lebih tinggi.

Tinjauan Fundamental:

Dijadualkan tidak terdapat sebarang laporan fundamental yang akan dikeluarkan pada hari ini.

Semoga berjaya!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan