Harga emas memulakan dagangan semalam dengan pergerakkan menurun di bawah tahap $1,220, perlahan-lahan kembali di atas tahap tersebut dan menguji rintangan jangka pendek pada tahap $1,230. Harga kekal diniagakan dalam corak baji menurun.

Garis hitam - corak baji
Garis merah - perbezaan (divergence) menaik RSI
Harga emas mempunyai rintangan jangka pendek pada tahap $1,230 dan seterusnya pada tahap $1,235. Penembusan harga di atas kedua-dua tahap ini akan menjadi isyarat kenaikan harga kerana harga akan menembusi dan berada di atas corak baji. Rintangan jangka pendek utama yang seterusnya terletak pada $1,245. Trend kekal menurun untuk emas. Sementara sokongan dilihat terletak pada tahap $1,223 dan $1,218. Penembusan harga di bawah kawasan harga ini akan membuka jalan untuk harga membentuk corak harga rendah yang lebih rendah baru ke arah $1,200 atau mungkin juga lebih rendah lagi.
