logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 26 Julai, 2018

Analisis Teknikal Emas untuk 26 Julai, 2018

Harga Emas kekal diniagakan di dalam corak baji menurun. Harga kini berada tepat di bawah rintangan baji kritikal di kawasan harga $1,230-35. Hanya penembusan harga di atas tahap ini akan memberikan isyarat kenaikkan harga yang boleh mencapai tahap rintangan seterusnya pada $1,245-50.

Analisis Teknikal Emas untuk 26 Julai, 2018

Garis hitam - corak baji

Garis merah - perbezaan (divergence) menaik

Garis biru - Rintangan RSI

Harga emas mempunyai sokongan jangka pendek pada tahap $1,222 dan seterusnya pada $1,217. Walau bagaimanapun, sekiranya harga menembusi tahap $1,222, harga berkemungkiann besar akan bergerak menuju ke arah tahap $1,200. Jika rintangan pada tahap $1,235 ini berjaya ditembusi, kita harus menjangkakan kenaikkan emas ke arah $1,245 dan lebih tinggi. Penembusan harga di atas corak baji akan memberikan lebih banyak peluang kepada emas untuk kembali diniagakan ke arah tahap $1,300.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan