Pasangan dagangan bagi nilai mata wang EUR / USD telah sedikit dalam pembetulan dan tidak menentu baru-baru ini sementara berada di bawah kawasan 1.1700-50 dengan sesi penutupan harian. Walaupun penurunan harga yang lebih impulsif dibandingkan dengan kenaikkan harga, ini boleh menyebabkan momentum penurunan harga tertentu, mendorong pasaran dagangan harga ke paras yang lebih rendah pada hari-hari yang akan datang.
Memandangkan Persidangan Akhbar ECB baru-baru ini, pasaran dagangan mata wang EUR dijangka akan kehilangan momentum berikutan daripada kadar faedah dijangka tidak berubah hingga musim panas tahun 2019. Selain itu, EUR telah terjejas disebabkan oleh ketidakpastian Brexit dan ketegangan perang perdagangan. Menjelang siri laporan ekonomi yang akan diterbitkan pada minggu ini di zon Eropah, hari ini laporan CPI Sepanyol terkini diterbitkan dengan sedikit penurunan kepada catatn sebanyak 2.2% yang dijangka tidak berubah pada paras sebanyak 2.3% dan laporan Prelim CPI Jerman masih belum diterbitkan yang dijangka menunjukkan peningkatan kepada 0.4% daripada nilai sebelumnya sebanyak 0.1%.
Dalam satu sudut yang lain, susulan daripada laporan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada minggu ini pada hari Jumaat, pasangan mata wang EUR / USD dijangka berdagang dengan volatiliti yang lebih tinggi pada minggu ini yang mungkin membawa kepada perubahan ketara dalam momentum pasaran berbanding EUR. Walaupun USD telah cukup impulsif dengan kenaikan baru-baru ini berbanding dengan EUR, ini meningkatkan kemungkinan bahawa pasaran mengikuti dengan lebih pada masa yang akan datang. Pada hari ini, laporan Penjualan Rumah Tertunda AS akan diterbitkan yang dijangka meningkat kepada 0.4% daripada nilai negatif sebelumnya sebanyak -0.5%.
Pada masa ini, EUR terbukti agak lemah pada hari ini di tengah-tengah laporan ekonomi yang terkini. CPI Prelim Jerman mungkin menambah nilai sekiranya hasilnya menjadi lebih baik daripada yang dijangkakan. Walaupun terdapat pembetulan dan ketidaktentuan tertentu dalam pasaran sebelum ini, mata wang USD dijangka memperoleh kelebihan di tengah-tengah ramalan optimistik laporan ekonomi menjelang NFP pada minggu ini.
Sekarang mari kita melihat kepada pandangan teknikal. Pasaran dagangan harga telah sedikit mengalami pembetulan sementara itu tertekan dengan tekanan menurun mencipta tahap rendah dalam proses. Seperti yang dihubungkan dengan garis arah aliran, harga telah dijangka ke paras yang lebih rendah selepas pembalikkan sementara/anjakan tertentu ke arah kawasan 1.17 dalam proses tersebut. Tidak mempunyai petunjuk yang kukuh terhadap Divergence/Perbezaan Kenaikkan Harga, pasaran harga dijangka rendah, yang berada di bawah kawasan 1.17 dengan SESI penutupan harian dan sasaran ke arah 1.1500-50 pada hari-hari yang akan datang.
RINTANGAN: 1.1700-50
SOKONGAN: 1.1500-50
KECENDERUNGAN: PENURUNAN HARGA
MOMENTUM: PEMBETULAN DAN TURUN NAIK

