logo

FX.co ★ Analisis Fundamental EUR/GBP untuk 2 Ogos, 2018

Analisis Fundamental EUR/GBP untuk 2 Ogos, 2018

Pasangan mata wang EUR / GBP telah meningkat ke paras yang lebih tinggi walaupun momentum yang tidak menentu telah bergelut selama tempoh beberapa bulan sekarang. Kedua-dua mata wang dalam pasangan itu bergelut secara asas dan teknikal yang merupakan hasil tindakan yang tidak ragu-ragu yang diambil secara asasnya dan oleh para peserta pasaran.

Menjelang kenaikan Kadar Bank Rasmi GBP dari 0.50% menjadi 0.75%, pasaran dijangka dalam keadaan yang tidak menentu yang dijangkakan dapat menyebabkan pancang/spike tertentu dalam proses. Berikutan kesan Brexit dan Perang Perdagangan yang menjejaskan pertumbuhan GBP dalam pelbagai cara, Bank of England (BOE) kini sedang menunggu untuk mengekalkan kadar Inflasi pada tahap 2% bagi memastikan ekonomi adalah stabil. Ini adalah kali kedua selepas kemelesetan besar pada sesi 2008-2009 bahawa UK sedang meningkatkan Kadar Rasmi Bank. Beberapa pegawai masih percaya bahawa UK seharusnya telah meningkatkan kadar lebih awal untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan dalam beberapa tahun akan datang, sekurang-kurangnya 2-3 kenaikan kadar bagi UK untuk mendapatkan hasil yang lebih baik pada masa akan datang.

Sebaliknya, ECB juga sedang bergelut mengenai laporan ekonomi baru-baru ini termasuk Perubahan Pengangguran Sepanyol pada hari ini meningkat kepada -27.1k dari angka sebelumnya sebanyak -90.0k yang dijangka berada pada -87.6k dan PPI juga berkurangan kepada 0.4% daripada nilai sebelumnya sebanyak 0.8% tetapi ia berjaya sedikit untuk berada di atas dari nilai jangkaan sebanyak 0.3%.

Sehingga senario semasa, mata wang GBP telah bersedia untuk mendapatkan momentum tertentu berbanding EUR sementara laporan ekonomi terkini di sebelah EUR masih agak perlahan/lembut dan kebanyakannya masih tidak dapat diputuskan. Ekoran daripada Kadar Rasmi Bank UK meningkat dan sebarang kemajuan optimis dari Laporan Inflasi BOE dan Ringkasan Dasar Monetari UK yang diterbitkan, GBP dijangka akan memperoleh momentum selanjutnya dalam proses berbanding EUR pada hari-hari yang akan datang.

Sekarang mari kita melihat kepada pandangan teknikal. Pasaran harga telah agak menurun baru-baru ini di mana mempunyai Divergence/Perbezaan Penurunan Harga di tempat yang mendorong harga menurunkan kawasan 0.8950 dengan penutupan harian. Pada masa ini, harga sedang dipegang oleh tahap dinamik 20 EMA yang dijangka mendorong paras harga lebih rendah dengan sasaran ke arah 0.8850 dalam beberapa hari yang akan datang sebelum menunjukkan sebarang bukti campur tangan menaik dalam proses itu. Sekiranya pasaran harga gagal untuk menolak ke paras yang lebih tinggi dari kawasan 0.8850, penutupan harian di bawah 0.8850 dijangka menyuntik momentum penurunan harga impulsif dalam pasangan pada hari-hari yang akan datang.

SOKONGAN: 0.8850

RINTANGAN: 0.8950

KECENDERUNGAN: KENAIKAN HARGA

MOMENTUM: TURUN NAIK

Analisis Fundamental EUR/GBP untuk 2 Ogos, 2018

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan