
Pangsi: 0.7387.
Rintangan kuat harian bagi pasangan mata wang AUD/USD dilihat terletak pada tahap 0.7474 (Penarikan Semula Fibonacci 38.2% ). Pasangan mata wang AUD/USD telah jatuh dari tahap 0.7474 menghampiri ke tahap 0.7348. Walau bagaimanapun, harga dilihat melantun dari tahap rendah 0.7348 untuk diniagakan semula di sekitar tahap 0.7474. Rintangan dilihat pada tahap 0.7474, 0.7513 dan 0.7554. Selain itu, zon harga 0.7474/0.7513 kekal sebagai zon rintangan yang ketara. Oleh yang demikian, terdapat kemungkinan bahawa pasangan mata wang AUD/USD ini akan diniagakan rendah dan struktur penurunan tidak kelihatan seperti pembetulan harga. Pasangan mata wang ini masih berada di bawah EMA 100 sebagaimana prospek penurunan harga kekal sah selagi EMA 100 bergerak menuju ke arah bawah. Oleh yang demikian, berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, harga masih bergerak di antara tahap 0.7474 dan 0.7257. Sekiranya pasangan mata wang AUD/USD ini gagal menembusi tahap rintangan 0.7474, pasaran akan melanjutkan penurunan sehingga mencapai ke tahap 0.7302 sebagai sasaran pertama. Ini akan mencadangkan pasaran penurunan harga kerana penunjuk RSI masih berada di zon negatif dan tidak memperlihatkan sebarang tanda-tanda pembalikan harga. Pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan menurun lebih rendah sekurang-kurangnya ke tahap 0.7257 untuk menguji sokongan harian 3. Sebaliknya, jika penembusan harga berlaku pada tahap rintangan 0.7550, maka senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal.
