logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 07 Ogos, 2018

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 07 Ogos, 2018

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 07 Ogos, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang USD/CHF masih ditetapkan di atas titik pangsi pada 0.9857. Pasangan mata wang USD/CHF dilihat telah menembusi rintangan yang terletak pada tahap 0.9943. Rintangan kuat telah terbentuk pada tahap 0.9943 dan pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan cuba mendekatinya untuk mengujinya semula. Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan mata wang ini gagal untuk menembusi tahap 0.9943, pasaran berkemungkinan besar akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap rintangan kuat baru 0.9943 (tahap 0.9943 adalah bertepatan dengan Fibonacci 50% dan 61.8%). Selain itu, RSI mula menunjukkan trend menurun, sebagaimana pasagan mata wang ini masih menunjukkan pengukuhan harga di atas Moving Average (MA)(100) dan (50). Oleh itu, pasaran menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 0.9943, justeru itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pada tahap 0.9940 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.9795. Ia juga akan mendorong harga untuk meneruskan pergerakkan menurun sehingga mencapai ke tahap 0.9733. Sokongan kuat harian dilihat berada pada tahap 0.9733. Sementara itu, kedudukan untuk menetapkan pesanan stop loss perlu selalu diambil kira, ia adalah lebih baik untuk menetapkannya pada tahap 1.0053.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan