
Pasangan mata wang EUR/JPY telah meningkat dengan baik dari tahap rendah 128.48 dan bersedia untuk menguji rintangan utama jangka pendek pada thap 129.62. Rintangan ini berkemungkinan akan ditetapkan lebih tinggi, tetapi mungkin hanya seketika dan kemudian menyebabkan penurunan pembetulan harga hingga ke tahap 129.00 sebelum kembali cuba bergerak lebih tinggi lagi.
Untuk mengesahkan bahawa gelombang ii/ telah selesai dengan menguji tahap 128.48, pasangan mata wang ini perlu menembusi dengan jelas di atas tahao 129.62 dan bergerak ke arah rintangan utama pada 131.15. Penembusan harga di atas tahap rintangan ini akan mengesahkan senario pilihan kami dan mendorong harga untuk diniagakan tinggi ke arah tahap 135.74 - 135.79.
R3: 130.61
R2: 130.33
R1: 130.08
Pangsi: 129.62
S1: 129.24
S2: 129.00
S3: 128.78
Cadangan Perdagangan:
Kami meletakkan pesanan membeli EUR dari tahap 128.72. Kami akan mengambil separuh keuntungan pada tahap 129.50 dan stop loss pada tahap 128.45 untuk keuntungan yang selebihnya.
