logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/USD untuk 08 Ogos, 2018

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 08 Ogos, 2018

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 08 Ogos, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang GBP/USD meneruskan dagangan dalam aliran menurun dari tahap 1.3036 (yang bertepatan dengan Fibonacci 23.6% pada carta 4H) dan 1.2969. Semalam, pasangan mata wang ini telah jatuh dari tahap 1.3036 menghampiri ke tahap 1.2902. Hari ini, rintangan dilihat berada pada tahap 1.2969 dan 1.3036. Oleh yang demikian, kami menjangkakan bahawa harga akan ditetapkan di bawah rintangan kuat pada tahap 1.2969 dan 1.3036; sebagaimana harga kini dilihat berada dalam saluran penurunan harga.

Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, harga masih diniagakan di antara tahap 1.2969 dan 1.2829. Secara keseluruhannya, kami masih cenderung untuk kekal pada senario penurunan harga selagi harga diniagakan di bawah tahap 1.2969. Selain itu, jika pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi di bawah tahap 1.2902, pasaran berkemungkinan besar akan melanjutkan pergerakkan menurun ke tahap 1.2829 (sokongan harian 1). Oleh itu, harga akan jatuh menghampiri ke tahap sokongan kuat 1.2829 untuk mengujinya semula. Tahap 1.2768 akan membentuk 'double bottom' yang baru.

Sebaliknya, jika harga ditutup di atas rintangan kuat pada 1.3036, kedudukan terbaik untuk menetapkan pesanan stop loss adalah di atas tahap 1.3169.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan