logo

FX.co ★ Analisis Teknikal AUD/USD untuk 15 Ogos, 2018

Analisis Teknikal AUD/USD untuk 15 Ogos, 2018

Analisis Teknikal AUD/USD untuk 15 Ogos, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang AUD/USD ini memulakan dagangan di bawah titik pangsi mingguan (0.7234). Harga dilihat telah meneruskan dagangan dalam aliran menurun dari tahap 0.7234 menghampiri ke bahagian bawah sekitar tahap 0.7202. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini telah membuat lantunan semula harga ke arah titik pangsi harian. Hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 0.7263, dan diikuti oleh tahap 0.7299, manakala sokongan harian 1 dilihat pada tahap 0.7167. Selanjutnya, Moving Average (MA)(100) mula menunjukkan aliran menurun; oleh itu, pasaran kini menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 0.7234. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pada tahap 0.7234 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.7167. Ia juga akan mendorong harga untuk meneruskan dagangan ke tahap yang lebih rendah ke arah 0.7135.

Berdasarkan kepada carta 1H, sokongan harian kuat dilihat berada pada tahap 0.7135. Menurut peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang AUD/USD ini akan diniagakan di antara tahap 0.7234 dan 0.7135 dalam tempoh beberapa jam yang akan datang. Kawasan harga 0.7299 kekal sebagai zon rintangan yang signifikan. Oleh itu, harga masih menurun selagi harga tidak menembusi tahap 0.7299. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang AUD/USD ini berjaya menembusi tahap rintangan 0.7299, maka stop loss harus diletakkan pada tahap 0.7330.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan