
Pasangan mata wang EUR/JPY dilihat telah membuat corak harga rendah baru pada tahap 124.89 apabila penurunan harga dari tahap 131.97 berlaku dan gelombang ii berkemungkinan akan berakhir. Jika ini berlaku, maka kita akan melihat pasangan mata wang EUR/JPY mengukuh di atas tahap 127.94 dan yang lebih penting di atas 128.45. Penembusan harga di atas tahap ini kemudiannya akan mengesahkan bahawa gelombang ii telah selesai dan gelombang iii sedang membangun menuju ke arah tahap 137.50 dan lebih tinggi.
Adalah penting untuk dinyatakan bahawa lanjutan pembetulan mendatar dalam gelombang iv sedang berlangsung. Di bawah perkiraan ini, pasangan mata wang EUR/JPY perlu bergerak lebih tinggi dalam gelombang c/ dari iv/ ke arah tahap 127.94 sebelum diniagakan lebih rendah dalam gelombang v/ untuk menjunam hanya di bawah tahap 124.89, tetapi tidak di bawah tahap 124.59. Penembusan harga di bawah tahap 124.59 akan memaksa kami untuk membuat pengiraan semula penurunan harga dari tahap 137.50.
R3: 127.52
R2: 127.06
R1: 126.61
Pangsi: 126.39
S1: 125.76
S2: 125.26
S3: 124.89
Cadangan Dagangan:
Kami meletakkan pesanan membeli EUR dari tahap 126.25 dan akan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 124.50. Kami akan mengambil separuh keuntungan pada tahap 127.40 dan menunggu peluang untuk mengambil pesanan membeli EUR baru pada tahap 125.15.
