
Gambaran Keseluruhan:
Pangsi: 0.7359.
Pasangan mata wang AUD/USD meneruskan dagangan dalam aliran menaik dari tahap 0.7300. Sejak semalam, pasangan mata wang ini telah meningkat dari tahap 0.7299 (tahap 0.7299 adalah bertepatan dengan Lanjutan Fibonacci 38.2%) menghampiri ke bahagian atas sekitar tahap 0.7359. Oleh yang demikian, pasangan mata wang AUD/USD ini telah menembusi tahap rintangan pada 0.7329, yang kini bertukar menjadi sokongan yang kuat pada tahap 0.7329. Berdasarkan kepada carta 1H, tahap 0.7299 dijangka akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. Pada masa ini, harga dilihat sedang bergerak dalam saluran kenaikan harga. Ini disahkan oleh penunjuk RSI bahawa pasangan mata wang AUD/USD ini masih dalam pasaran kenaikan harga. Harga masih di atas Moving Average (MA)(100) dan (50). Dari sudut ini, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang AUD/USD akan meneruskan dagangan dalam aliran menaik dari tahap sokongan 0.7359 menuju ke arah tahap sasaran 0.7400. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi tahap 0.7400, pasaran akan menunjukkan peluang kenaikan harga di atas tahap 0.7400 untuk mencapai sasaran kedua pada tahap 0.7454 (double top). Pada masa yang sama, sekiranya pasangan mata wang AUD/USD ini berjaya menembusi tahap 0.7329, pasaran berkemungkinan besar akan turun lebih rendah sehingga mencecah ke tahap 0.7263.
