
Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang NZD/USD ini gagal untuk menembusi tahap sokongan. Tahap 0.6624 adalah bertepatan dengan Penarikan semula Fibonacci 38.2% yang dijangkakan akan bertindak sebagai tahap sokongan utama pada hari ini. RSI masih memberikan isyarat bahawa harga kini diniagakan dalam aliran menaik, manakala Moving Average (MA)(100) menuju ke tahap yang lebih tinggi. Oleh itu, prospek kenaikkan harga kekal sah selagi EMA 100 bergerak dalam arah aliran menaik. Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang itu berkemungkinan besar akan menembusi titik pangsi harian (0.6676) dalam tempoh beberapa jam yang akan datang. Pasangan mata wang NZD/USD ini berpotensi untuk menunjukkan isyarat pengukuhan harga berikutan penembusan harga pada tahap tinggi 0.9958. Oleh itu, pasaran mungkin akan menunjukkan tanda-tanda aliran menaik. Dengan erti kata lain, pesanan membeli dicadangkan di atas tahap 0.6676 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.6712. Kemudian, pasangan mata wang ini dijangkakan akan memulakan pergerakan menaik ke tahap 0.6733 dan seterusnya ke tahap 0.6759. Tahap 0.6759 akan bertindak sebagai rintangan yang kuat, kerana 'double top' telah ditetapkan pada tahap 0.6759. Sebaliknya, sokongan harian yang kuat dilihat berada pada tahap 0.6624. Sekiranya pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap 0.6624, pasaran diramal akan meneruskan penurunan sehingga mencecah ke tahap 0.6541 (Double Bottom).
