logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 28 Ogos, 2018

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 28 Ogos, 2018

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 28 Ogos, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pangsi: 0.9790.

Pasangan mata wang USD/CHF jatuh mendadak dari tahap 0.9815 ke arah 0.9764. Sekarang, harga ditetapkan pada tahap 0.9770. Rintangan dilihat terletak pada tahap 0.9815 dan 0.9847. Selain itu, kawasan harga 0.9815/0.9847 kekal sebagai zon rintangan yang ketara.

Oleh yang demikian, terdapat kemungkinan bahawa pasangan mata wang USD/CHF akan diniagakan dalam aliran menurun dan struktur penurunan harga tidak kelihatan seperti pembetulan. Aliran harga masih berada di bawah EMA 100 sebagaimana prospek penurunan harga kekal sah selagi EMA 100 menuju ke arah bawah.

Oleh itu, berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, harga masih diniagakan di antara tahap 0.9790 dan 0.9719. Sekiranya pasangan mata wang USD/CHF gagal menembusi tahap titik pangsi 0.9790, pasaran berkemungkinan besar akan melanjutkan penurunan harga ke tahap 0.9719 sebagai sasaran pertama.

Ini akan mencadangkan pasaran penurunan harga sebagaimana penunjuk RSI masih berada di kawasan negatif dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pembalikan harga. Pasangan mata wang ini diramalkan akan menurun lebih rendah sekurang-kurangnya ke arah tahap 0.9686 untuk menguji sokongan harian 3. Sebaliknya, jika penembusan harga berlaku pada tahap rintangan 0.9847, maka senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan