
Penembusan harga pada tahap 0.7220-0.7170 (zon neckline) diperlukan untuk membolehkan harga menembusi julat pengukuhan harga yang digambarkan (0.7170 dan 0.7350). Penurunan harga ketara ke arah tahap 0.6700-0.6800 telah berlaku, di mana julat pengukuhan sempit telah ditubuhkan.
Pada 7 Julai lalu, penolakan kenaikkan harga yang jelas telah menolak pasangan mata wang NZD/USD untuk diniagakan di atas tahap 0.6820 buat sementara waktu.
Walau bagaimanapun, kekurangan momentum aliran menaik telah menyebabakan pengukuhan harga gagal dikekalkan di atas tahap 0.6700.
Pada 9 Ogos lalu, penembusan penurunan harga di bawah julat pengukuhan yang digambarkan (0.6700-0.6840) telah berlaku. Sekaligus membenarkan penurunan harga semasa ke arah tahap 0.6600-0.6570.
Prospek dagangan bagi pasangan mata wang NZD/USD telah bertukar menjadi aliran menurun. Aliran menurun mensasarkan pergerakkan ke arah tahap 0.6520 dan 0.6480.
Baru-baru ini, isyarat awal pemulihan kenaikkan telah dinyatakan di sekitar tahap harga rendah seamsa berhampiran 0.6550. Ini menandakan bahawa pasangan mata wang ini berpotensi untuk membuat penarikan semula kenaikkan harga semasa.
Pedagang konservatif disyorkan untuk menunggu sehingga penarikan semula menaik yang lebih dalam ke arah tahap 0.6750 untuk kemasukan pesanan MENJUAL berisiko rendah. Pesanan S/L perlu ditetapkan di atas tahap 0.6850. Sementara Take Profit pada tahap 0.6620 dan 0.6550.
