logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD untuk 29 Ogos, 2018

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 29 Ogos, 2018

Pasangan mata wang EUR/USD ini telah mencapai tahap rintangan sebelumnya 1.1730dan ditarik semula seperti yang dijangkakan. Meskipun pasangan mata wang ini kekal diniagakan dalam aliran menaik sebagaimana harga kekal di dalam saluran kenaikan harga, kami memberikan amaran semalam bahawa RSI telah menunjukkan tanda-tanda perbezaa penurunan harga dan penarikan semula harga harus dijangkakan.Analisis Teknikal EUR/USD untuk 29 Ogos, 2018

Garis hijau - saluran kenaikkan harga

Garis biru - perbezaan penurunan harga

  1. Pasangan mata wang EUR/USD ini mempunyai sokongan jangka pendek yang terletak pada tahap 1.1650 di sempadan saluran menurun. Sekiranya harga berjaya menembusi tahap ini, kita harus menjangkakan kesinambungan penurunan harga ke arah tahap 1.1570 di mana kami mendapati anjakan Fibonacci 38% daripada keseluruhan kenaikan dari tahap 1.13. Sekiranya harga menembusi tahap ini, pasangan mata wang EUR/USD ini berkemungkinan besar akan jatuh selagi penarikan semula Fibonacci 61.8% merupakan sokongan penting seterusnya. Penembusan harga di atas tahap 1.1730 akan menjadi isyarat yang sangat ketara jika disertai dengan tinggi RSI baru dalam carta 4 jam. Ini akan meningkatkan kemungkinan corak harga rendah pada tahap 1.13. Walau bagaimanapun, harga telah membuat tahap tinggi baru dengan penurunan harga RSI, aliran menaik harus diperhatikan sebagaimana pasaran bersedia untuk membuat penarikan semula yang lebih dalam.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan