
Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang NZD/USD gagal menembusi tahap sokongan yang terletak pada 0.6650. Tahap 0.6650 adalah bersamaan dengan Penarikan Semula Fibonacci 38.250% yang dijangka akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. Sama pentingnya, RSI masih memberikan isyarat bahawa harga kini diniagakan dalam aliran menaik, manakala Moving Average (MA)(100) menuju ke tahap lebih tinggi. Oleh yang demikian, prospek kenaikkan harga kekal sah selagi EMA 100 menuju ke tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan diniagakan di atas titik pangsi harian (0.6676) dalam beberapa jam yang akan datang. Pasangan mata wang NZD/USD ini berkemungkinan besar akan memperlihatkan pengukuhan harga berikutan penembusan harga pada tahap tinggi 0.9958. Oleh itu, pasaran mungkin akan menunjukkan tanda-tanda aliran menaik. Dengan erti kata lain, pesanan membeli dicadangkan di atas tahap 0.6676 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.6712. Kemudian, pasangan mata wang ini dijangkakan akan memulakan pergerakan menaik ke tahap 0.6733 dan seterusnya ke tahap 0.6759. Tahap 0.6759 akan bertindak sebagai rintangan yang kuat, kerana 'double top' telah ditetapkan pada tahap 0.6759. Sementara itu, sokongan harian yang kuat telah dilihat pada tahap 0.6624. Sekiranya pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap 0.6624, maka pasaran berpotensi untuk melanjutkan penurunan hingga mencecah ke tahap 0.6540.
