
Pada April, penembusan penurunan harga pada tahap 0.7220-0.7170 (julat pengukuhan pada had yang lebih rendah) telah membenarkan penurunan harga segera ke arah tahap 0.6700-0.6800, di mana julat pengukuhan sempit telah ditubuhkan.
Pada 7 Julai lalu, penolakan kenaikkan harga yang jelas telah menolak pasangan mata wang NZD/USD untuk diniagakan di atas tahap 0.6820 buat sementara waktu.
Walau bagaimanapun, kekurangan momentum aliran menaik telah menyebabakan pengukuhan harga gagal dikekalkan di atas tahap 0.6700.
Pada 9 Ogos lalu, penembusan penurunan harga di bawah julat pengukuhan yang digambarkan (0.6700-0.6840) telah berlaku. Sekaligus membenarkan penurunan harga semasa ke arah tahap 0.6600-0.6570.
Prospek dagangan bagi pasangan mata wang NZD/USD telah bertukar menjadi aliran menurun. Aliran menurun mensasarkan pergerakkan ke arah tahap 0.6520 dan 0.6480.
Baru-baru ini, isyarat awal pemulihan kenaikkan telah dinyatakan di sekitar tahap harga rendah semasa berhampiran 0.6550. Ini telah membenarkan penarikan semula menaik berlaku ke tahap 0.6700.
Cadangan Perdagangan:
Pedagang konservatif disyorkan untuk menunggu sehingga penarikan semula menaik yang lebih dalam ke arah tahap 0.6750 untuk kemasukan pesanan MENJUAL berisiko rendah. Pesanan S/L perlu ditetapkan di atas tahap 0.6850. Sementara Take Profit pada tahap 0.6620 dan 0.6550.
Walau bagaimanapun, pedagang berisiko disarankan untuk menunggu penurunan harga di bawah tahap 0.6600. Ia berkemungkinan akan menunjukkan kemasukan pesanan MENJUAL yang berisiko tinggi. T/P awal perlu diletakkan sekitar tahap 0.6560.
