
Pasangan mata wang EUR/JPY ini dilihat sedang membetulkan rali impulsif dari tahap 124.89 ke 130.28. Sasaran pembetulan minimum adalah 23.6% daripada gelombang merah (1) dilihat pada 128.88, dan ia telah dicapai. Walau bagaimanapun, pembetulan gelombang kedua cenderung untuk menjadi lebih dalam daripada ini, oleh yang demikian, kami terus menjangkakan lebih banyak tekanan menurun sekurang-kurangnya 38.2% ke sasaran pembetulan pada 128.22. Pembetulan gelombang kedua yang lebih normal akan diperbetulkan antara 50% - 78.6% daripada gelombang pertama. Walau bagaimanapun, dalam kes ini, kita telah melihat ketidaksabaran sebagaimana lanjutan mendatar sedang membangun. Di bawah gelombang pembetulan B, pergerakkan di atas titik permulaan gelombang A dan gelombang C bergerak di bawah titik akhir gelombang C.
Gelombang merah (c) pada gelombang merah (2) telah diperluaskan kepada 300% gelombang merah (a), yang mana ini adalah luar biasa, oleh yang demikian, jika gelombang merah (2) memerlukan lebih banyak masa, ia berkemungkinan besar akan membentuk gabungan pembetulan. Menunjukkan lonjakan harga menghampiri ke tahap 129.85 dalam gelombang (x) - sebelum gelombang terakhir ke arah tahap 128.22 melengkapkan gelombang merah (2) dan menetapkan tahap harga untuk rali impulsif seterusnya ke arah tahap 137.51 dan lebih tinggi.
R3: 130.40
R2: 129.93
R1: 129.65
Pangsi: 129.30
S1: 129.14
S2: 128.60
S3: 128.29
Cadangan Perdagangan:
Kami meletakkan pesanan membeli EUR dari tahap 129.10 dan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 128.10. Sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 129.14, kami akan mengerakkan kedudukan Stop Loss lebih tinggi ke tahap 128.60.
