logo

FX.co ★ Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 05 September, 2018

Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 05 September, 2018

Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 05 September, 2018

Tidak ada masa untuk lantunan semula harga ke tahap 129.85 sebelum penurunan akhir ke arah sasaran pembetulan 38.2% yang terletak pada tahap 128.22. Pasangan mata wang EUR/JPY ini dilihat telah menguji semula rintangan penting jangka pendek pada tahap 129.14 dan ia kemudiannya turun ke arah sasaran pembetulan 38.2%. Ini masih belum mencukupi untuk membolehkan harga mencapai tahap 128.22, tetapi mendatar pada tahap 128.30, yang mencukupi untuk melengkapkan gelombang merah (2) dan menetapkan tahap harga untuk rali impulsif baru ke arah tahap 130.87 dan lebih tinggi lagi ke tahap 131.99 dan pada akhirnya di atas tahap tinggi Februari pada 137.50.

Sokongan kini dilihat terletak pada tahap 129.14, yang secara idealnya akan dapat menghalang aliran menurun sekaligus membolehkan harga menembusi di atas tahap 129.85 dan mengesahkan ujian semula harga pada tahap 130.87 dan lebih tinggi.

R3: 130.87

R2: 130.22

R1: 129.85

Pangsi: 129.50

S1: 127.14

S2: 128.91

S3: 128.55

Cadangan Perdagangan:

Kami meletakkan pesanan membeli EUR dari tahap 129.10 dan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 128.25. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli berhampiran pada tahap sokongan 129.14 dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap yang sama, iaitu pada tahap 128.25.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan