logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 11 September, 2018

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 11 September, 2018

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 11 September, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasaran mata wang ini masih diniagakan di atas titik pangsi mingguan (0.9689). Ia meneruskan dagangan menurun dari tahap 0.9689 menghampiri ke bahagian bawah sekitar tahap 0.9651. Hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 0.9728, dan diikuti oleh tahap 0.9776, manakala sokongan harian 1 terletak pada tahap 0.9651. Pasaran mata wang USD/CHF telah menembusi tahap sokongan yang bertukar menjadi rintangan yang kuat pada tahap 0.9776. Sekarang, harga diniagakan di bawah tahap ini. Ia mungkin akan berdagang dalam julat harga yang lebih rendah selagi ia kekal di bawah tahap sokongan (0.9698) yang dijangkakan akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. Ini akan mencadangkan pasaran penurunan harga sebagaimana Moving Average (MA)(100) masih berada dalam kawasan negatif dan tidak menunjukkan tanda-tanda pembalikan harga pada masa ini. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasaran mata wang USD/CHF ini dilihat masih bergerak di antara tahap 0.9689 dan 0.9600, oleh yang demikian, kami menjangkakan julat dagangan sebanyak 89 pips dalam beberapa jam yang akan datang. Oleh itu, rintangan utama didapati terletak pada tahap 0.9728 yang akan menyediakan isyarat jelas untuk para pedagang mengambil pesanan menjual dengan sasaran dilihat berada pada tahap 0.9651. Sekiranya harga berjaya menembusi tahap sokongan kecil pada 0.9651, harga berkemungkinan besar akan bergerak ke arah bawah bagi meneruskan pembangunan aliran menurun ke tahap 0.9600 untuk menguji sokongan harian 2. Secara keseluruhannya, kami lebih gemar untuk memilih senario penurunan harga yang menunjukkan bahawa harga berkemungkinan besar akan kekal di niagakan di bawah tahap 0.9728 pada hari ini.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan