logo

FX.co ★ Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 20 September, 2018

Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 20 September, 2018

Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 20 September, 2018

Berdasarkan kepada carta mingguan, pasangan mata wang EUR/USD ini menunjukkan kebarangkalian yang tinggi untuk corak pembalikkan 'Head and Shoulders' dimana bahagian kanan bahu sedang dalam proses.

Baru-baru ini, tahap harga 1.1500 menawarkan pemulihan kenaikkan harga sementara ke arah tahap 1.1830. Pasangan mata wang EUR/USD telah gagal untuk meneruskan pergerakkan ke arah sasaran menaik yang lebih tinggi. Sebaliknya, tahap tinggi menurun telah ditubuhkan sekitar tahap 1.1800.

Pada carta harian, pasangan mata wang EUR/USD kini dilihat terperangkap di antara tahap teknikal yang digambarkan (1.1750 - 1.1500). Sebagaimana prospek penurunan harga telah mendominasi pasaran, pasangan mata wang ini memerlukan penembusan penurunan harga segera di bawah tahap 1.1500.

Walau bagaimanapun, tahap harga 1.1520 kekal sebagai tahap permintaan yang ketara di mana penarikan aliran menaik semasa sedang dimulakan.

Selagi tahap harga 1.1520 melindungi aliran menaik, kesinambungan kenaikkan harga dijangkakan ke arah had atas julat harga (1.1750) di mana penolakan penurunan harus dijangkakan.

Sementara itu, mana-mana penembusan kenaikkan harga di atas tahap 1.1750 akan membolehkan harga meneruskan aliran menaik menuju ke arah tahap 1.1850.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan