logo

FX.co ★ Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan GBP/USD untuk 20 September, 2018

Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan GBP/USD untuk 20 September, 2018

Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan GBP/USD untuk 20 September, 2018

Pergerakan penurunan harga semasa GBP/USD telah menunjukkan tanda-tanda kelemahan sejak 5 September apabila dasar menaik ditubuhkan sekitar tahap 1.2800.

Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat sedang menguji garis aliran menurun yang digambarkan akan menemui pasangan mata wang sekitar tahap 1.3025-1.3090. Minggu ini, pasangan mata wang ini telah menunjukkan penembusan harga yang berjaya setakat ini.

Zon harga (1.3025-1.3090) adalah selari dengan Fibonacci 50% dan 61.8%. Tahap ini gagal menawarkan tekanan penurunan harga yang mencukupi. Sebaliknya, zon harga telah bertukar menjadi zon permintaan ketara yang perlu diperhatikan untuk tindakan harga.

Pasangan mata wang GBP/USD terus menunjukkan aliran menaik dalam saluran kenaikkan harga yang digambarkan pada carta 4H.

Selagi penembusan kenaikkan harga semasa berada di atas tahap 1.3090 (Tahap permintaan-1 dan had bawah saluran 4H) dikekalkan, kesinambungan aliran menaik ke arah tahap 1.3200, 1.3250 dan 1.3315 adalah diramalkan akan berlaku.

Sebaliknya, penembusan penurunan harga di bawah tahap 1.3090 (Tahap permintaan-1) berpotensi untuk membatalkan senario kenaikkan harga untuk dagangan jangka pendek. Oleh itu, pasangan mata wang ini diramalkan akan mempunyai sasaran lebih rendah sekitar tahap 1.3010 (Tahap permintaan-2).

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan