logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD untuk 21 September 2018

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 21 September 2018

Pasangan mata wang EUR/USD telah menembusi di atas tahap rintangan 1.1730 semalam dan kini diniagakan di sekitar tahap 1.1770. Harga kekal diniagakan dalam aliran menaik. Penembusan harga ini adalah isyarat kenaikkan harga dan menunjukkan bahawa mana-mana penarikan semula harga akan menjadi peluang belian sebagaimana harga berkemungkinan besar akan menuju ke arah tahap 1.19-1.21. Adalah penting dimana harga tidak akan jatuh di bawah tahap 1.1660.

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 21 September 2018

Garis hitam - rintangan (ditembusi)

Garis merah - sokongan

Segi empat tepat - penarikan semula sasaran dan sokongan utama

Pasangan mata wang EUR/USD dilihat masih membentuk corak harga tinggi yang lebih tinggi dan corak harga rendah yang lebih tinggi. Harga telah melepasi 'multiple top' pada tahap 1.1730 dan harus terus diniagakan di atas tahap 1.18 pada hari ini. Mana-mana penarikan semula harga tidak boleh menembusi di bawah tahap 1.17-1.1725. Penembusan harga di bawah kawasan sokongan ini akan meningkatkan kemungkinan penembusan harga yang salah. Garis aliran sokongan utama adalah pada tahap 1.1660. Penembusan harga di bawah tahap ini akan membatalkan perkiraan kenaikkan harga saya.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan