logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 25 September, 2018

Analisis Teknikal Emas untuk 25 September, 2018

Harga emas meneruskan dagangan di sekitar tahap $1,200. Harga telah melantun dari tahap rendah $1,192 menghampiri ke arah tahap $1,203 sebagai ujian semula harga pada penembusan rintangan dan harga telah ditolak. Aliran menaik perlu mendorong emas untuk diniagakan di atas tahap $1,211 dan lebih tinggi lagi. Selagi harga berada di bawah tahap itu, emas berpotensi untuk melihat satu lagi 'sell-off'.

Analisis Teknikal Emas untuk 25 September, 2018

Garis merah - rintangan

Garis biru - sokongan (telah ditembusi)

Garis hijau - saluran penurunan harga

Emas dilihat mempunyai rintangan jangka pendek yang terletak pada tahap $1,205. Saluran rintangan berada pada tahap $1,207 dan garis aliran rintangan telah menyentuh tahap tinggi sebelumnya pada $1,210. Oleh itu, zon harga di antara tahap $1,205 hingga $1,210 adalah merupakan kawasan rintangan penting dan selagi harga berada di bawahnya, saya menjangkakan pesanan menjual kukuh yang akan menembusi tahap $1,180. Sokongan berada pada paras rendah semasa iaitu $1,192. Penembusan harga pada tahap ini sudah tentu akan menjadi isyarat penurunan harga.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan