
Gambaran Keseluruhan:
Pasaran masih diniagakan di atas tahap sokongan utama 0.9651. Harga telah meneruskan pergerakkan menurun dari tahap 0.9689 menghampiri ke bahagian bawah sekitar tahap 0.9651. Hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 0.9728, dan diikuti oleh tahap 0.9776, manakala sokongan harian 1 dilihat terletak pada tahap 0.9651. Pasangan mata wang USD/CHF telah menembusi sokongan yang bertukar menjadi rintangan kuat pada tahap 0.9776. Pasangan mata wang USD/CHF sedang diniagakan di bawah tahap ini. Ia berkemungkinan besar akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah selagi ia kekal di bawah tahap sokongan (0.9698) yang dijangkakan akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. Ini akan mencadangkan pasaran penurunan harga sebagaimana Moving Average (MA)(100) masih dalam kawasan negatif dan tidak menunjukkan tanda-tanda pembalikan harga pada masa ini. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang USD/CHF ini masih bergerak di antara tahap 0.9689 dan 0.9600, oleh yang demikian, kami menjangkakan julat dagangan sebanyak 89 pips dalam beberapa jam yang akan datang. Oleh itu, rintangan utama mungkin akan terletak pada tahap 0.9728 yang mana ia akan menyediakan isyarat jelas kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual dengan sasaran dilihat terletak pada tahap 0.9651. Sekiranya harga berjaya menembusi tahap sokongan kecil 0.9651, pasangan mata wang ini diramalkan akan bergerak lebih rendah meneruskan pembangunan aliran menurun ke tahap 0.9600 untuk menguji sokongan harian 2. Secara keseluruhannya, kami masih cenderung terhadap senario penurunan harga yang menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini akan kekal di bawah tahap 0.9730.
