
Julat dagangan harian semakin kecil dan lebih kecil, menunjukkan bahawa tenaga sedang membina untuk pergerakkan kenaikkan harga yang seterusnya. Penembusan harga di atas tahap rintangan kecil pada 1.7685 akan menjadi petunjuk pertama yang baik, bahawa rali impulsif yang seterusnya ke arah tahap 1.8030 sedang membangun, manakala penembusan harga di atas tahap rintangan 1.7732 akan mengesahkan rali ini sedang berlangsung dengan baik.
Sokongan yang terletak pada tahap 1.7580 harus terus menghalang aliran menurun bagi mebolehkan pasangan mata wang ini menembusi di atas tahap 1.7685 dan lebih tinggi lagi.
R3: 1.7823
R2: 1.7783
R1: 1.7732
Pangsi: 1.7685
S1: 1.7651
S2: 1.7626
S3: 1.7580
Cadangan Perdagangan:
Kami meletakkan pesanan membeli EUR dari tahap 1.7615 dan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 1.7515. Sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 1.7732, kami akan menggerakkan kedudukan Stop Loss lebih tinggi ke tahap 1.7575 dan separuh keuntungan pada tahap 1.8000.
