logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD untuk 02 Oktober, 2018

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 02 Oktober, 2018

Pasangan mata wang EUR/USD telah membuat paras rendah baru seperti yang dijangkakan. Harga telah menembusi hampir ke tahap 1.15 dan masih terdapat kemungkinan bahawa harga akan bergerak di bawah tahap 1.15. Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengambil pesanan menjual.

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 02 Oktober, 2018

Garis merah - rintangan utama

Titik oren - rintangan kekuatan sederhana

Titik hitam - sokongan kekuatan maksimum

Pasangan mata wang EUR/USD dilihat sedang menghampiri sokongan utama yang terletak pada tahap 1.1470-1.1480. Harga telah ditolak semalam pada tahap rintangan 1.1620-1.1630 dan jatuh ke paras terendah baru. Kami menyatakan dengan jelas semalam bahawa aliran menaik perlu menembusi tahap 1.1620-1.1630 bagi membolehkan pasangan mata wang ini menguasai semula aliran jangka pendek. Aliran harga adalah melemah. Rintangan jangka pendek terletak pada tahap 1.1580. Penembusan dan penutupan harga di atas tahap ini akan menjadi isyarat kenaikkan harga tetapi tidak terdapat sebarang isyarat pembalikan. Hanya penutupan harga di atas tahap 1.1630 akan dianggap sebagai isyarat pembalikan harga dan tahap rendah telah mengambil tempat.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan