logo

FX.co ★ Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 04 Oktober, 2018

Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 04 Oktober, 2018

Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 04 Oktober, 2018

Berdasarkan kepada carta mingguan, pasangan mata wang EUR/USD ini menunjukkan corak pembalikkan 'Head and Shoulders' dimana bahagian kanan bahu sedang dalam proses (graflilin penyelubungan penurunan harga semasa mingguan).

Baru-baru ini, tahap harga 1.1500 menawarkan pemulihan kenaikkan sementara. Satu lagi pergerakan kenaikkan telah ditunjukkan ke arah had atas julat harga (1.1750). Walau bagaimanapun, aliran menaik EUR/USD gagal diteruskan ke arah sasaran kenaikan harga yang lebih tinggi.

Sebaliknya, penolakan penurunan harga jelas ditunjukkan pada carta harian. Pergerakan menurun baru-baru ini sedang berlaku ke arah tahap 1.1520 (had lebih rendah pada julat pengukuhan).

Untuk membolehkan pasaran penurunan harga menjadi dominan, pasangan mata wang EUR/USD sepatutnya dapat menolak di bawah tahap 1.1520. Sasaran penurunan harga pertama akan terletak di sekitar tahap 1.1420.

Jika tidak, pasangan mata wang EUR/USD akan kekal terperangkap dalam julat pengukuhan yang digambarkan (1.1520-1.1750) jika tiada tekanan penurunan harga yang kuat dikenakan ke tahap 1.1520.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan