Pasangan mata wang EUR/USD dilihat telah melantun ke kawasan rintangan 1.1530-1.1545, namun ditolak sekali lagi. Aliran menaik berusaha untuk mengukuh di atas tahap sokongan jangka pendek 1.1480-1.15. Penembusan harga pada tahap harga ini akan membuka jalan untuk pasangan mata wang ini diniagakan lebih rendah lagi ke arah tahap 1.14-1.1420.

Garis merah - saluran penurunan harga
Garis biru - sokongan jangka pendek
Titik Oren - rintangan kekuatan sederhana
Titik merah - rintangan kekuatan maksimum
Pasangan mata wang EUR/USD kekal diniagakan dalam saluran penurunan harga sejak pertengahan September yang lalu. Sokongan jangka pendek sedang diuji pada tahap 1.1480-1.15. Penembusan harga di bawah kawasan ini dan kesinambungan pergerakkan menurun ke arah tahap 1.1420-1.14 berkemungkinan besar akan dilihat. Sekiranya aliran menaik berjaya menembusi sokongan dan di atas tahap 1.1550, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan membuat lantunan ke arah tahap 1.1650, yang merupakan rintangan sederhana pada carta harian.
