Bitcoin dilihat telah meneruskan dagangan dalam corak segi tiga mendatar jangka panjang yang telah ditubuhkan sejak Februari lalu. Para peniaga dinasihatkan untuk bersabar dan tidak cuba memulakan dagangan. Para peniaga disyorkan menunggu sehingga sempadan segi tiga ditembusi sebelum mengambil sebarang tindakan.

Garis merah - garis aliran rintangan
Segi empat hijau - sokongan
Bitcoin telah mencecah kawasan sokongan yang terletak di antara tahap $6,000 dan $5,700 lebih daripada 5 kali. Setiap kali harga menembusi tahap sokongan, ia akan diikuti dengan lantunan harga yang lemah. Ini menghasilkan beberapa siri corak harga tinggi yang lebih rendah dan pembentukkan garis arah rintangan menurun. Rintangan kini terletak pada tahap $6,850. Sekiranya Bitcoin berjaya menembusi segitiga menaik, harga berkemungkinan besar akan mencapai tahap $10,000-12,000. Jika harga menembusi tahap sokongan, Bitcoin diramalkan akan bergerak ke arah tahap $500.
