logo

FX.co ★ Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 10 Oktober, 2018

Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 10 Oktober, 2018

Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 10 Oktober, 2018

Pasangan mata wang EUR/JPY telah menembusi sedikit lebih rendah daripada sasaran ideal pada tahap 129.49 dan menurun ke tahap 129.31 sebelum ia bergerak lebih tinggi. Kami beranggapan bahawa kemungkinan untuk gelombang biru (2) telah berakhir adalah tinggi, walau bagaimanapun, harga perlu menembusi di atas rintangan kecil yang terletak pada tahap 130.23 sebagai petunjuk pertama yang kuat bahawa ini memang berlaku. Sementara penembusan harga di atas tahap rintangan 131.42 akan mengesahkan gelombang biru (2) telah selesai dan gelombang biru (3) ke arah tahap 138.10 sedang membangun.

Sokongan jangka pendek masing-masing dilihat terletak pada tahap 129.53 dan 129.31.

R3: 131.45

R2: 130.88

R1: 130.58

Pangsi: 130.23

S1: 129.88

S2: 129.53

S3: 129.31

Cadangan Perdagangan:

Kami meletakkan pesanan membeli EUR dari tahap 130.70 dan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 129.25. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli berhampiran pada tahap 129.53 atau sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 130.23 dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap 125.25.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan