Emas masih terperangkap di dalam julat dagangan. Harga emas kembali diniagakan tinggi dalam saluran jangka panjang yang menurun dan meneruskan dagangan mendatar.

Garis hijau - saluran jangka panjang yang menurun
Garis merah - julat dagangan jangka pendek
Harga emas kekal diniagakan dalam julat perdagangan semalam. Harga kini berada sangat hampir dengan sempadan bawah dan sokongan didapati terletak pada tahap $1,184. Jika ditembusi, kami menjangkakan bahawa harga akan bergerak ke arah minimum $1,175-70. Rintangan terletak pada tahap $1,193. Sekiranya ditembusi, kami berkemungkinan akan melihat satu lagi pergerakkan harga ke arah tahap $1,200. Untuk penembusan harga ke arah tahap $1,220-40, emas perlu menembusi tahap $1,207-11. Sehingga ini berlaku, harga terdedah ke tahap rendah baru 2018.
