logo

FX.co ★ Analisis Fundamental USD/CAD untuk 10 Oktober 2018

Analisis Fundamental USD/CAD untuk 10 Oktober 2018

Pasangan mata wang USD / CAD kini berada di dalam kawasan rintangan antara 1.2950 sehingga kawasan 1.3050 selepas pemulihan jurang penurunan sebelumnya. CAD sedang bergelut di tengah-tengah laporan ekonomi yang lemah yang mendorong kepada pengukuhan mata wang USD.

Laporan PPI Amerika Syarikat (AS) pada hari ini diterbitkan seperti yang dijangkakan pada 0.2% meningkat daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak 0.1% dan PPI Teras juga memenuhi jangkaan yang meningkat kepada 0.2% daripada nilai negatif sebelumnya -0.1%. Sebagai Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menentang kenaikan kadar yang pantas oleh Rizab Persekutuan, kenyataan tersebut jelas menurunkan mata wang USD. Menjelang laporan IHP yang akan diterbitkan pada hari esok, yang dijangkakan tidak berubah pada 0.2%, USD dapat memperoleh lebih jauh dari CAD sekiranya bacaan memenuhi jangkaan atau dalam prestasi yang baik.

Sebaliknya, laporan Permit Bangunan CAD diterbitkan dengan peningkatan kepada 0.4% daripada nilai negatif sebelumnya iaitu -1.5% tetapi tidak memenuhi jangkaan sebanyak 0.5%. Selain itu, laporan Permulaan Perumahan yang diterbitkan baru-baru ini menunjukkan pengurangan kepada 189k daripada angka sebelumnya sebanyak 199k yang dijangka meningkat kepada 203k.

Sementara itu, USD dijangka menguasai CAD pada hari-hari yang akan datang memandangkan CAD telah terjejas ekoran daripada data ekonomi yang terkini. Sebaliknya, laporan IHP positif dijangka menyuntik momentum menaik lagi dalam pasangan itu, yang mencetuskan tekanan ke atas dalam pasangan pada hari-hari akan datang sehingga Kanada membentangkan data ekonomi yang kukuh untuk mengimbangi dengan kuat dalam proses itu.

Sekarang mari kita melihat kepada pandangan teknikal. Selepas penolakan kenaikkan harga tertentu dari kawasan rintangan antara 1.2950-1.3050, harga mengejutkan melanjutkan peningkatan dengan momentum impulsif yang dijangka membawa kepada tekanan kenaikan harga selanjutnya dalam pasangan itu. Walaupun momentum kenaikan harga semasa, tekanan kenaikan harga selanjutnya hanya akan disahkan setelah harga jelas di atas kawasan 1.3050 dengan sesi penutupan harian. Berikutan daripada harga menembusi di atas kawasan 1.3050, kecenderungan kenaikkan harga dijangka mendorong harga ke tahap yang lebih tinggi dengan sasaran ke arah kawasan 1.3300-50 pada hari-hari yang akan datang.

SOKONGAN: 1.2750, 1.2950

RINTANGAN: 1.3300-50

KECENDERUNGAN: MENURUN

MOMENTUM: VOLATILITI

Analisis Fundamental USD/CAD untuk 10 Oktober 2018

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan