logo

FX.co ★ Analisis Fundamental AUD/USD untuk 11 Oktober 2018

Analisis Fundamental AUD/USD untuk 11 Oktober 2018

Pasangan mata wang AUD / USD telah sedikit ragu-ragu dan tidak menentu selepas penembusan di bawah kawasan 0.7150 dengan sesi penutupan harian baru-baru ini. Mata wang USD telah menjadi mata wang dominan dalam pasangan sejak kenaikan kadar baru-baru ini. USD dijangka akan memperoleh momentum lebih tinggi berbanding AUD dalam tempoh jangka masa panjang walaupun tekanan AUD tertentu mungkin diperhatikan pada hari-hari yang akan datang.

Laporan Jangkaan Inflasi MI Australia diterbitkan dengan tidak berubah pada catatan sebanyak 4.0% yang tidak menjejaskan pertumbuhan mata wang AUD. Penolong Gabenor Bank Rizab Australia Ellis agak optimistik dalam ucapannya pada hari ini. Ellis meramalkan pengembangan ekonomi Australia dalam tempoh jangka pendek dan jangka panjang yang mengubah sentimen pasaran dari penurunan kepada kenaikan harga. Tambahan lagi, laporan Pinjaman Utama Australia pada hari esok akan diterbitkan yang dijangka berkurangan kepada -0.9% daripada nilai sebelumnya sebanyak 0.4% dan Kajian Kestabilan Kewangan RBA akan dibentangkan juga, yang dijangka dapat mengatasi mata wang dengan sokongan.

Sebaliknya, walaupun data NFP bercampur-campur baru-baru ini, USD berjaya mengekalkan momentum penurunan harganya dalam masa yang sama. Laporan CPI AS pada hari ini diterbitkan dengan penurunan kepada 0.1% yang dijangka tidak berubah pada 0.2% dan CPI teras tidak berubah pada catatan 0.1% yang dijangka meningkat kepada 0.2%. Di samping itu, Tuntutan Pengangguran juga meningkat kepada 214k yang dijangka tidak berubah pada 207k.

Sementara itu, menjelang laporan makroekonomi dari Australia dan di tengah-tengah data positif baru-baru ini, mata wang AUD dijangka memperoleh kenaikan lebih tinggi dari USD meskipun bacaan yang lebih buruk daripada jangkaan. Sehingga AS datang dengan keputusan yang kukuh, AUD akan melanjutkan kekuatan.

Sekarang mari kita melihat kepada pandangan teknikal. Pasaran dagangan harga didorong ke tahap lebih tinggi secara mendadak pada hari ini selepas berlakunya penurunan graf lilin semalam dengan sesi penutupan harian. Walaupun aliran menurun, harga dijangka meningkat ke tahap yang lebih tinggi ke arah kawasan 0.7150-0.7200 sebelum ia berterusan dengan momentum penurunan harga untuk bergerak ke tahap yang lebih pada hari-hari yang akan datang. Berikutan daripada harga masih di bawah kawasan 0.7300, kecenderungan penurunan harga adalah dijangka berterusan.

SOKONGAN: 0.6850, 0.7000

RINTANGAN: 0.7150, 0.7200, 0.7300

KECENDERUNGAN: MENURUN

MOMENTUM: VOLATILITI

Analisis Fundamental AUD/USD untuk 11 Oktober 2018

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan