logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 19 Oktober, 2018

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 19 Oktober, 2018

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 19 Oktober, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Swissy masih memanggil untuk tinjauan kenaikkan harga yang kuat pada hari ini. Pasangan mata wang USD/CHF dilihat meneruskan dagangan menaik dari tahap 0.9875. Pasangan mata wang ini melonjak dari tahap 0.9875 menghampiri ke tahap 0.9865. Hari ini, tahap rintangan pertama dilihat pada 0.9865 dan diikuti oleh tahap 0.9922, manakala sokongan harian 1 terletak pada tahap 0.9743 (Penarikan semula Fibonacci 61.8%). Menurut peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang USD/CHF ini masih bergerak di antara tahap 0.9875 dan 0.9999; oleh yang demikian, kami menjangkakan julat dagangan sebanyak 124 pips. Selain itu, sekiranya harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama pada 0.9865, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan meningkat ke arah rintangan kedua (0.9922) untuk mengujinya. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.9865 dengan sasaran pertama pada tahap 0.9922 untuk menguji rintangan harian 2 dan selanjutnya ke tahap 0.9963. Selain itu, ia adalah penting untuk diperhatikan bahawa tahap 0.9963 merupakan lokasi terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit kerana ia akan membentuk 'double top' yang baru. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang USD/CHF ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.9875, penurunan harga yang seterusnya ke tahap 0.9740 boleh berlaku sekaligus menunjukkan pasaran penurunan harga.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan