
Tinjauan Teknikal:
Berdasarkan kepada carta harian yang telah dibentangkan di sini, pasangan mata wang GBP/USD mempunyai prospek trend jangka sederhana. Pasangan mata wang GBP/USD dilihat sedang berdagang sekitar tahap 1.2700 sewaktu analisis ini ditulis, merekodkan satu lagi tahap rendah baru sejak semalam. Sila ambil perhatian bahawa ayunan rendah sebelumnya dilihat pada tahap 1.2668 dan kami dapat melihat pembalikan kenaikkan harga yang berpotensi. Melihat struktur keseluruhan gelombang, penurunan harga dari tahap 1.4380 ke 1.2668 masih boleh dianggap sebagai ayunan/gelombang pertama yang lebih rendah. Ia sepatutnya diikuti oleh rali pembetulan, yang menjadi 3 gelombang lebih kecil. Oleh itu, kami kekal optimis terhadap giliran kenaikkan harga dari tahap harga semasa. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk berhati-hati terhadap mana-mana tahap rendah hari ini sebagaimana ia adalah merupakan peluang untuk mengambil pesanan membeli yang berpotensi.
Pelan Dagangan:
Ambil pesanan membeli secara agresif, dengan menetapkan pesanan Stop Loss di bawah tahap 1.2650, dan sasaran terbuka.
Semoga berjaya!
