logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CAD untuk 01 November, 2018

Analisis Teknikal USD/CAD untuk 01 November, 2018

Analisis Teknikal USD/CAD untuk 01 November, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang USD/CAD meneruskan pergerakkan menaik dari tahap 1.3053. Pada minggu ini, pasangan mata wang ini telah melonjak dari tahap 1.3053 (tahap 1.3053 adalah bertepatan dengan Penarikan Semula Fibonacci 61.8%) menghampiri ke tahap tinggi sekitar 1.3140. Hari ini, sokongan pertama dilihat pada tahap 1.3053, dan diikuti oleh tahap 1.3003, manakala rintangan harian 1 terletak pada tahap 1.3140. Menurut peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang USD/CAD ini masih bergerak di antara tahap 1.3053 dan 1.3140; untuk itu, kami menjangkakan julat dagangan sebanyak 87 pips (1.3140 - 1.3053). Menurut carta empat jam, rintangan segera dilihat pada tahap 1.3140, yang bertepatan dengan gelombang penurunan harga yang terakhir. Pada masa ini, harga sedang bergerak dalam saluran kenaikan harga. Ini disahkan oleh isyarat penunjuk RSI bahawa pasangan mata wang ini masih dalam pasaran trend menaik. Harga masih di atas Moving Average (MA)(100). Oleh yang demikian, sekiranya harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama 1.3140, harga berkemungkinan besar akan melonjak ke arah tahap rintangan 1.3224 untuk mengujinya. Ia adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mempertimbangkan kedudukan untuk meletakkan pesanan stop loss; ia sepatutnya ditetapkan di bawah tahap sokongan kedua 1.3003.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan