
Berdasarkan kepada carta mingguan, pasangan mata wang EUR/USD ini menunjukkan corak pembalikkan 'Head and Shoulders' dimana bahagian kanan bahu sedang dalam proses.
Pada 10 Oktober lalu, penurunan harga di bawah tahap 1.1520 telah menuju ke arah tahap 1.1420.
Walau bagaimanapun, isyarat pemulihan kenaikkan sementara sekitar tahap 1.1430 telah menolak pasangan mata wang EUR/USD ini untuk diniagakan di atas tahap 1.1520 sehingga penembusan penurunan harga pada tahap 1.1520 berlaku sekali lagi pada 17 Oktober.
Oleh itu, tahap tinggi menurun telah ditunjukkan sekitar tahap 1.1600 sekaligus menyokong prospek penurunan harga pasaran.
Bagi memastikan penurunan harga kekal dominan, pasangan mata wang EUR/USD ini harus mencapai penurunan harga di bawah tahap harga 1.1400.
Penembusan penurunan harga semasa mempunyai sasaran awal sekitar tahap 1.1275 dan mungkin juga pada tahap 1.1100 sekirnaya tekanan penurunan harga yang mencukupi ditunjukkan.
Sementara, mana-mana penembusan menaik di atas tahap 1.1400 harus dianggap sebagai isyarat keluar awal untuk penjual.
