logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 08 November, 2018

Analisis Teknikal Emas untuk 08 November, 2018

Emas dilihat telah menguji tahap tinggi semasa sekali lagi semalam tetapi ditolak semula. Harga ditarik semula ke paras terendah baru-baru ini dan sokongan Penarikan Semula Fibonacci 61.8%. Harga mengukuh di atas sokongan jangka pendek. Masih belum terdapat pergerakkan harga yang jelas dalam dagangan jangka pendek. Harga bergerak mendatar di antara tahap $1,236- $1,220.

Analisis Teknikal Emas untuk 08 November, 2018

Segitiga Magenta - sokongan utama

Segitiga Biru - sokongan jangka pendek

Segi empat tepat merah - rintangan jangka pendek

Emas telah bergerak dua hari terakhir di antara dua tahap utama jangka pendek. Selagi harga diniagakan di atas tahap $1,212. Saya kekal optimis. Penembusan harga di atas tahap $1,240 diperlukan untuk membolehkan emas meneruskan pergerakkan menaik ke arah tahap $1,260 dan lebih tinggi. Rintangan pada tahap $1,235-40 telah disahkan sebanyak beberapa kali. Aliran menaik tidak mahu bergerak jauh dari sini dan secara khusus tidak menembusi di bawah $1,212. Sementara itu, aliran menurun diramalkan akan menembusi ke paras terendah baru dan mengesahkan penolakan pada tahap $1,240 pada carta mingguan. Ini akan menjadi isyarat penurunan harga dan akan mensasarkan Emas ke arah tahap $1,100 atau lebih rendah.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan