logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 15 November, 2018

Analisis Teknikal Emas untuk 15 November, 2018

Seperti yang dijangkakan, emas akhirnya melonjak ke arah kawasan $1,210-15. Saya menjangkakan harga akan ditolak pada tahap semasa atau sedikit lebih tinggi. Rintangan utama dan Stop Loss untuk aliran menurun didapati terletak pada tahap $1,243.50. Sementara sokongan berada pada tahap $1,196.

Analisis Teknikal Emas untuk 15 November, 2018

Segitiga merah - rintangan utama

Segi empat tepat biru - sokongan utama

Degi empat tepat Magenta - rintangan

Garis hijau - arah pergerakkan harga yang diramalkan.

Emas telah memperlihatkan lantunan harga dan kini menguji rintangan Fibonacci 38% pada penurunan baru-baru ini. Emas berpotensi untuk bergerak lebih tinggi ke arah nisbah 61.8% tetapi sekali lagi, saya percaya senario yang paling mungkin adalah penolakan harga dan pembalikan aliran menurun pada tahap rendah baru. Selagi emas berada di bawah $1,243.50, kami masih mengharapkan satu lagi penurunan harga jangka panjang di bawah tahap $1,100.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan