logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD untuk 29 November, 2018

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 29 November, 2018

Pasangan mata wang EUR/USD ini telah memperlihatkan lantunan harga yang kuat semalam dan menembusi tahap rintangan jangka pendek dan membolehkan aliran menaik memasuki semula pasaran. Walau bagaimanapun, tiada aliran menaik atau menurun yang mendominasi. Selagi harga diniagakan di antara tahap 1.1410 dan 1.1270, aliran harga akan diniagakan neutral.

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 29 November, 2018

Garis merah - garisan aliran rintangan

Garis hijau - garis aliran sokongan

Pasangan mata wang EUR/USD mencabar Kumo 4 jam. Aliran harga adalah neutral. Rintangan ditemui terletak pada tahap 1.1410 dan sokongan pada tahap 1.1340. Tahap sokongan utama terletak pada 1.1270. Walau bagaimanapun, jika harga ditolak pada tahap semasa dan jatuh di bawah 1.1340, maka saya akan menjangkakan pasangan mata wang ini sekurang-kurangnya akan menguji tahap 1.1270 jika tidak ditembusi. Penembusan harga di bawah tahap 1.1270 akan membuka jalan ke tahap 1.11-1.10. Penembusan harga di atas tahap 1.1410 akan membuka jalan untuk harga berdagang ke arah 1.15-1.16.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan