logo

FX.co ★ Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 05 Disember, 2018

Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 05 Disember, 2018

Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 05 Disember, 2018

Berdasarkan kepada carta mingguan, pasangan mata wang EUR/USD ini telah diniagakan mendatar dengan sedikit kecenderungan aliran menurun. Pergerakan penurunan harga semasa dikekalkan dalam saluran pergerakan harian yang digambarkan.

Pada 13 November, pasangan mata wang EUR/USD ini menunjukkan pemulihan kenaikkan baru-baru ini sekitar tahap 1.1220-1.1250 di mana had bawah saluran serta zon permintaan yang digambarkan akan menemui pasangan mata wang.

Kesinambungan kenaikkan harga ditunjukkan ke arah tahap 1.1420. Perlu diperhatikan bahawa zon bekalan yang signifikan dan juga tahap tinggi gelombang sebelumnya terletak di sekitar tahap 1.1420-1.1520.

Penetapan harga di atas tahap 1.1420 diperlukan untuk membolehkan harga diniagakan lebih tinggi ke arah tahap 1.1520. Walau bagaimanapun, pasaran telah menunjukkan penolakan penurunan harga yang ketara sekitar tahap 1.1420 beberapa kali setakat ini.

Pasangan mata wang EUR/USD kekal berdagang di bawah tekanan penurunan harga di bawah tahap 1.1420. Oleh itu, pasangan mata wang ini masih terperangkap di antara tahap 1.1420 dan 1.1270 sehingga penembusan harga berlaku pada mana-mana arah pergerakkan.

Penetapan harga di atas tahap 1.1420 akan mendorong harga bergerak lebih tinggi ke arah tahap 1.1520 dan 1.1610.

Sebaliknya, jika penembusan penurunan harga awal berlaku di bawah tahap 1.1270 dalam dagangan jangka masa yang lebih kecil, penurunan harga yang ketara dijangkakan ke arah tahap 1.1150-1.1100.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan