
Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang NZD/USD dilihat telah menembusi tahap rintangan yang kini telah bertukar menjadi sokongan kuat pada tahap 0.6705 pada minggu ini. Tahap 0.6705 adalah bertepatan dengan nisbah emas (Fibonacci 61.8%), yang dijangka akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. Indeks Kekuatan Relatif (RSI) dianggap 'overbought' kerana ia sedang berdagang di atas tahap 70. RSI masih memberikan isyarat bahawa aliran menaik sebagaimana harga masih kukuh di atas Moving Average (MA)(100). Selain itu, adalah penting untuk dinyatakan bahawa titik pangsi dilihat pada tahap 0.6882. Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan melonjak naik dalam beberapa jam yang akan datang. Sehubungan itu, pasaran dijangkakan akan menunjukkan tanda-tanda aliran menaik. Dengan erti kata lain, pesanan membeli disyorkan di atas tahap 0.6800 dengan sasaran pertama pada tahap 0.6882. Dari sudut ini, pasangan mata wang NZD/USD berkemungkinan akan memulakan pergerakan menaik hingga ke tahap 0.6882 dan seterusnya ke tahap 0.6984. Tahap 0.6984 akan bertindak sebagai rintangan yang kuat. Sebaliknya, jika penembusan harga berlaku pada tahap sokongan 0.6705, maka senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal.
