logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD untuk 02 Januari, 2019

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 02 Januari, 2019

Pasangan mata wang EUR/USD telah menyaksikan penurunan di atas garis aliran rintangan menurun jangka panjang dan harga kini menghampiri ke tahap 1.15. Walau bagaimanapun, harga sedang ditarik kembali lebih rendah tanpa sebarang pengesahan untuk penembusan harga, kekal dalam julat dagangan selama beberapa minggu terakhir.

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 02 Januari, 2019

Segitiga kuning - julat perdagangan

Garis hijau - garis aliran sokongan

Garis merah - garis aliran utama rintangan

Pasangan mata wang EUR/USD dilihat masih mencabar sempadan atas julat dagangan. Harga kini berada di atas tahap 1.14 dan ini merupakan isyarat positif. Harga telah menembusi tahap 1.15 pada awal hari ini tetapi berikutan musim cuti dan aktiviti perdagangan yang perlahan, para pedagang dinasihatkan untuk berhati-hati sebelum menyifatkan ia sebagai penembusan harga. Harga telah bergerak di atas garis rintangan merah dan ini merupakan satu lagi petanda positif. Ujian semula harga pada tahap 1.14 dan lantunan harga juga akan menjadi petanda positif. Di sisi lain, aliran menurun mahu melihat harga kembali diniagakan di bawah garis aliran merah dan bergerak di bawah tahap 1.14. Sokongan jangka pendek terletak pada tahap 1.1430. Sokongan seterusnya berada pada tahap 1.1420 dan seterusnya pada tahap 1.1340. Perbezaan (divergence) harga harian RSI seperti yang kita nyatakan dalam catatan sebelumnya mencadangkan lebih banyak kenaikkan untuk pasangan mata wang ini. Tahap 1.17 adalah sasaran pertama kami.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan