logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD untuk 04 Januari, 2019

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 04 Januari, 2019

Pasangan mata wang EUR/USD kekal terperangkap di dalam julat dagangan diantara tahap 1.1475 dan 1.1290. Tiada kenaikkan harga yang ketara telah dibuat beberapa bulan terakhir. Saya percaya bahawa terdapat lebih banyak peluang untuk harga menembusi ke tahap yang lebih tinggi dan bergerak sekurang-kurangnya ke arah tahap 1.17 jika tidak lebih tinggi.

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 04 Januari, 2019

Titik merah - rintangan kekuatan utama

Titik biru - sokongan kekuatan sederhana

Pasangan mata wang EUR/USD ini telah memberikan isyarat palsu dengan sedikit tahap tinggi yang lebih tinggi atau tahap rendah yang lebih rendah untuk beberapa minggu yang lalu selepas harga mencapai Stop Loss dan melakukan apa yang boleh untuk mengurangkan pedagang jangka pendek. Namun pada hakikatnya, ia langsung tidak berlaku sperti yang dapat dilihat pada carta di atas. Penembusan harga yang jelas dan penutupan harga di atas tahap 1.1475 akan membuka ruang untuk harga berdagang ke tahap 1.17. Penembusan harga yang jelas di bawah tahap 1.1290 akan mendorong harga mensasarkan ke tahap 1.11. Perbezaan (divergence) kenaikan harga pada RSI dalam carta harian telah menyebabkan saya memilih senario kenaikan harga.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan