logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD untuk 09 Januari, 2019

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 09 Januari, 2019

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 09 Januari, 2019

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang EUR/USD meneruskan dagangan menaik dari tahap 1.1342.

Hari ini, sokongan pertama dilihat terletak pada tahap 1.1342, dan harga dilihat sedang bergerak dalam saluran kenaikan harga. Selain itu, harga telah ditetapkan di atas sokongan kukuh pada tahap 1.1342, yang bertepatan dengan Penarikan Semula Fibonacci 61.8%. Sokongan ini telah ditolak sebanyak tiga kali sekaligus mengesahkan prospek aliran menaik.

Menurut peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang EUR/USD ini akan berdagang di antara tahap 1.1342 dan 1.1550. Oleh yang demikian, sokongan terletak pada tahap 1.1342, manakala rintangan harian pada tahap 1.1550.

Oleh itu, pasaran berkemungkinan akan menunjukkan tanda-tanda aliran menaik di sekitar tahap 1.1342. Dengan erti kata lain, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.1342 dengan sasaran pertama pada tahap 1.1550; dan kemudiannya ke arah tahap 1.1603.

Walau bagaimanapun, jika pasangan mata wang EUR/USD ini gagal menembusi tahap rintangan pada tahap 1.1550 hari ini, pasaran berkemungkinan besar akan melanjutkan penurunan harga ke tahap 1.1257.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan