logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 14 Januari, 2019

Analisis Teknikal Emas untuk 14 Januari, 2019

Emas meneruskan dagangan dalam saluran kenaikan harga jangka sederhana sementara dalam dagangan jangka pendek, harga kelihatan seperti sedang membentuk corak segi tiga sebelum pergerakkan akhir yang lebih tinggi. Pasaran kekal menaik dan sasaran seterusnya terletak pada tahap $1,310-20 selagi emas diniagakan di atas tahap $1,270.

Analisis Teknikal Emas untuk 14 Januari, 2019

Segitiga hijau - kawasan sokongan

Segitiga merah - kawasan sasaran

Garis ungu - saluran kenaikkan harga

Garis hitam - corak segi tiga

Emas dilihat mempunyai rintangan yang terletak pada tahap $1,296. Penembusan harga di atas tahap ini akan membuka jalan untuk ia bergerak sekurang-kurangnya ke arah tahap $1,310 jika tidak $1,320. Harga tetap menaik sebagaimana emas masih berada di atas kawasan segitiga hijau terakhir dan di dalam saluran kenaikan harga. Sokongan terletak pada tahap $1,284 dan jika ditembusi, emas diramalkan akan menguji sempadan saluran menurun pada tahap $1,275. Mana-mana pergerakkan menurun pada kawasan ini akan menyiratkan bahawa gelombang menaik dari tahap $ 1,196 sudah berakhir dan emas kini berada dalam fasa pembetulan. Hanya pergerakkan harga di bawah tahap $1,250-40 akan membatalkan potensi kenaikkan Emas ke arah tahap $1,350.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan