logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 24 Januari, 2019

Analisis Teknikal Emas untuk 24 Januari, 2019

Walaupun harga Emas kekal dalam saluran condong menaik, namun tiada isyarat dari aliran menaik bahawa penarikan semula dan pembetulan harga dari tahap $1,300 telah berakhir. Aliran menaik perlu berhati-hati pada tahap semasa dan selagi harga diniagakan di bawah tahap $1,292.

Analisis Teknikal Emas untuk 24 Januari, 2019

Garis ungu - saluran kenaikkan harga

Kawasan Hijau - garis aliran menaik

Emas mempunyai rintangan jangka pendek pada tahap $1,292. Penembusan harga di atas tahap tersebut akan meningkatkan peluang untuk emas menembusi tahap $1,300 menuju ke arah $1,320. Sokongan terletak pada tahap $1,276 (saluran sokongan) dan jika ditembusi, harga berkemungkinan besar akan bergerak sekurang-kurangnya ke arah $1,270. Sokongan seterusnya adalah pada tahap $1,260 di mana kami mendapati Penarikan Semula Fibonacci 38% dari kenaikan $1,196. Penembusan harga di tahap itu akan membuka jalan untuk emas menguji kawasan sokongan utama pada $1,243 yang ditunjukkan dengan segi empat hijau. Sekiranya kawasan ini ditembusi, maka gambaran menaik untuk harga bergerak di atas tahap $1,300 akan dibatalkan. Buat masa ini, para peniaga jangka pendek memihak kepada penurunan harga kerana ia mempunyai nisbah ganjaran risiko yang lebih baik.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan