logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 06 Februari, 2019

Analisis Teknikal Emas untuk 06 Februari, 2019

Pada hari ini, merujuk kepada carta mingguan Emas, pergerakan harga semalam tidak memberikan apa-apa maklumat baru mengenai aliran jangka pendek. Aliran harga kekal menaik tetapi di bawah rintangan Fibonacci dan jangka panjang utama. Ini adalah kawasan rintangan yang sangat penting ke tahap $1,350. Penolakan harga di sini boleh menjadi bencana bagi Emas.

Analisis Teknikal Emas untuk 06 Februari, 2019

Garis ungu - saluran kenaikkan harga

Garis hitam - garis rintangan jangka panjang

Harga emas telah meningkat sejak Ogos lalu dan telah mencapai tahap Penarikan Semula Fibonacci 78.6% pada keseluruhan penurunan dari tahap $1,366. Ini adalah rintangan tahap Fibonacci utama. Harga telah berhenti menaik di sini tetapi masih belum terdapat apa-apa isyarat pembalikan harga lagi. Aliran menaik kekal selagi harga berada di atas tahap $1,300 dan kami juga akan melihat ujian harga ke garis rintangan jangka panjang sekitar tahap $1,350. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya ujian semula harga ke arah tahap $1,300 harus dilihat terlebih dahulu sebelum sebarang pergerakkan harga yang lebih tinggi berlaku.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan